KENAPA PERLU ADA TERJEMAHAN?
Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan ( teks sasaran ) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing ( teks sumber ). Kepentingan bidang penterjemahan dapat dilihat melalui dunia pendidikan . Contohnya dalam aspek pemerolehan bahasa , penterjemahan akan membolehkan pelajar mempelajari kosa kata baharu , mengetahui penggunaan kata dan makna pelbagai jenis perkataan . Dengan mempelajari ilmu terjemahan , pelajar akan lebih sedar kehalusan akan bahasa ibunda mereka dan melihat kepentingan pemilihan kata dalam penterjemahan sekali gus dapat menguji kefahaman mereka dalam pembacaan . Penterjemahan juga dapat menambahkan bilangan pembaca . Buku yang mengandungi pelbagai ilmu kebanyakannya ditulis dalam bahasa arab dan bahasa Inggeris yang menjadikan bahasa itu sebagai sumber ilmu
Comments
Post a Comment